Umrah Ziarah

Lama lagikan... tapi sebenarnya ini adalah permintaan kawan-kawan dan rakan sahabat yang memberi cadangan untuk main "kut" agar boleh mengerjakan Umrah dan Ziarah yang mana pakejnya kini dalam lingkungan RM5500 ke atas... bergantung kepada kutipan baru akan ditentukan ziarah


Ini adalah tentatif pakej / Insyallah dilaksanakan musim cuti sekolah 2013

Hari 1 Kuala Lumpur – Jeddah
Jemaah diminta berhimpun di lapangan terbang KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Setibanya di lapangan terbang King Abdul Aziz, para jemaah akan dibawa terus ke Nasr Royal Hotel, Jeddah untuk bermalam. Aktiviti bebas untuk para Jemaah sambil membeli-belah di Kota Jeddah.

Hari Ke 2 Jeddah – Makkah
Selepas sarapan, di bawa melawat Kota Jeddah ( Persisiran Laut Merah, Masjid Terapung, Masjid Baghdadiah dan Makam Siti Hawa). Makan tengahari di restoran tempatan.
Selepas solat Asar, daftar keluar dari hotel (para jemaah dikehendaki memakai kain ihram). Berniat miqat di dalam perjalanan ke Makkah. Setibanya di Makkah, daftar masuk ke Hotel Jauharat untuk bermalam. Selepas makan makan malam,  para jemaah akan di bawa mengerjakan umrah pertama.

Hari ke 3 Makkah
Berehat

Hari Ke 4 Makkah
Selepas sarapan pagi, di bawa melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Nameirah, Mina, Muzdalifah, Jabal Noor dan seterusnya bermiqat di Ja’ranah (para jemaah di nasihatkan mandi sunat ihram dan membawa ihram semasa ziarah).

Hari Ke 5  Makkah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi Ladang Tenusu Unta, Muzium Kaabah, dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. (para jemaah di nasihatkan mandi sunat ihram dan membawa ihram semasa ziarah)

Hari Ke 6 Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa ziarah ke Muzium Purba Aziziah seterusnya bermiqat umrah di Ja’ranah

Hari Ke 7 Makkah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi ke Perkuburan Maala dan bermiqat umrah di Tanaim.Semasa perjalanan pulang jemaah akan di bawa menziarahi Perkuburan Saidatina Maimunah R.A

Hari Ke 8 Makkah – Taif
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan di bawa ke Taif dan melawat sekitar Bandar Taif.
Berangkat pulang ke Makkah dan bermiqat di Qarnul Manazil.

Hari Ke 9 Makkah- Madinah
Selepas sarapan, jam 10pagi para jemaah akan dibawa melakukan tawaf Widaa’. Kemudian berangkat ke Madinah terus di bawa menziarahi makam Rasullullah (S.A.W.), para Sahabat dan tanah perkuburan Baqi’.

Hari Ke 10 Madinah
Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa menziarahi sekitar kota madinah seperti Masjid Quba,Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Kilang Percetakan Al-Quran seterusnya ke Pasar Kurma.

Hari Ke 11 Madinah – Madain Salleh
Selepas sarapan, jam 7pagi jemaah akan dibawa melawat Bukit Terbakar dan Bukit Magnet. Selepas makan tengahari jemaah jemaah akan berangkat ke Madain Salleh. Makan malam di dalam perjalanan. Tiba di Madain Salleh terus ke Hotel A’raq untuk bermalam.

Hari Ke 12  Madain Salleh – Madinah
Selepas sarapan, jemaah akan di bawa melawat Bandar Madain Salleh. Selepas makan tengahari, bertolak balik ke Madinah. Daftar masuk ke Hotel.

Hari Ke 13 Madinah – Kuala Lumpur

Selepas sarapan, jemaah di bawa melakukan ziarah widaa’. Daftar keluar hotel selepas solat Asar, dan bertolak ke lapangan terbang untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur